Jumlah mangsa banjir di tiga negeri iaitu Perak, Selangor dan Perlis direkodkan menurun kepada 428 individu membabitkan 120 keluarga.
Melalui kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), angka terkini sehingga jam 4 petang Ahad membabitkan mangsa banjir di enam daerah itu berkurangan berbanding 564 mangsa pada sebelah pagi.